Wednesday, December 31, 2008

HAPPY NEW YEAR

Selamat tahun baru pada kawan2 blog :)
Moga tercapai azam baru & hajat kalian huhu
Begitu jugak untuk diri ku, huh untuk menjadi seorang ibu...amin

Wednesday, December 17, 2008


COMING SOON


qai & kakak nya dania

geram nya nk gigit ku rsa

uikk tembam

x sabar nk kuaq!!

comel

qai & ibu



UPDATE


Salam untuk kawan2 FP moga sihat slalu, dan salam aidiladha jgak utk semua huhuhu Lagi gambar2 Qaisara dan Dania kakak qaisara, skrg qaisara dh masuk 4 bulan lebih dengan seberat 7kg, wah mmg tembam tau gebu lak tu huhuhu geraammmm nk gigit cikit

Tuesday, December 2, 2008

Qai, baru lepas mandi

Qai, main sorang2

Rak Hiasan

Berselerak lagi

Ceh2, hubby yg test dulu


TESTING

30hb, ahad lepas perabot dan set bilik tido baru sampai dh. So duk testing2 la cara mana yg kena nk susun perabot2 ni, yg ni just testing dulu. Selain tu pasang kipas dan lampu. Qaisara pon ada, ank adik sal yg berusia 3 bulan, badan pon dh tembam cam autie dia jgak huhuhu
Oh lupa nk habaq, tema umah simple & moden kontemporari huhu
Masih berselerak lagi wayar lampu & kipas tu :p


Thursday, November 27, 2008

x tau la ank sape, comel sangat




PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI

Luahan rasa hati ku, bulan ni dah masuk 2 bln lebih ku miscarrige. Kesakitan dah lama terubat, cuma kecewa sbb xdpt mempertahan kan ia sbg lambang kasih sayang kami, yg hampil 10 bulan menunggu. Tp, ku harus terima dan redha itu sudah ketentuan ilahi. Mungkin ada hikmahnya.
Cukup 3 bulan, dh boleh plan peknen balik seperti yg doc sarankan.
Cuma comfius sikit, samada miscarrige tu kembar atau normal sbb selaput yg kuar ada 2 besame darah ketul2, sesape yg ada pgalaman ni mesti faham maksud sal.
Jika kembar sendihhhhhh nya sbb baby kembar yg sal idam-idam kan dari dulu lagi,
Anugerah yang terindah :)
Semoga Tuhan memberi penganti baby yg sihat dan comel dlm waktu tdekat ini.

Tuesday, November 25, 2008

Minah ni ada aje, sowi hubby x suka bgambo huh

Bilik

:p



Ada sedikit perubahan huhu


DAH SIAP CAT


Fuhhh...dah siap dah mengecat ahah lepas penat jgak, penat menunggu je bila nk siap, org yg mengecat la paling penat huhu cian cian
Ada perubahan cat sikit, Minggu ni 29hb dah boleh dah masuk perabot umah, insyaallah 14hb pindah ar duk umah baru huurey!!!! xlah dah duk ngan mentua :p



Wednesday, November 19, 2008


Sebelum


Makanan yang dipesan


DINNER @ SHAH ALAM

SEPI

Lama bona rasanya x buka blog ni, windu rasa nya huhu
Yela tenet kat opis buat hal plak :(

Wednesday, November 5, 2008

RUMAH IDAMAN

Cantik nya rumah2 ni, ruang tamu & bilik yg simple ala2 moden.
Calor bilik sal, sal ikot calor bilik yg tertera ni la, same x serupa la huhu
Ala buat lebih kurang je pon ok huhu :p

Bilik Idaman

Ruang Tamu yg Simple

Cantik Nya

Tuesday, November 4, 2008

25 Tahun (2008)

Baru kawen hujung tahun 2007

24 Tahun (2007)

23 Tahun (2006)

22 Tahun (2005)

21 Tahun (2004)

19 Tahun (2002)

MASALAH KEGEMUKAN


Dari kecil lagi mmg slalu ada masalah kegemukan, pasang surut camtu la lebih kurang sampai ada yang panggil sal makmok!!! huhuhu apa daaaa
Tp xar gemuk mana pon, chubby2 jela.
Org kt pas kawen n ada baby lagi senang gemuk, tambah2 lagi bdn jenis cepat naik...eee tu yg wisau ni. Skrg sal tgh amik HL, tp HL ni mahal sangat xmampu nk beli tiap2 bulan,
kena la selang2. Adehh...kena betul2 jaga makan



Monday, November 3, 2008

Pandangan Luar




PINDAH RUMAH BARU KAMI :)

Insyallah awal blan 12 ni pindah la kot ke umah baru kami di
Apartment Kiambang, Bukit Subang.
Baru je cat ni, x angkut lagi brg2 lain sbb xabis lagi mgecat huhu
Penat betul, pasal cat sendiri je huhuhu
Ni je yang sempat Capture :)




Iman, time ni nk balik Jb dah :( setahun 2 x je jumpa

Qaisara Semakin Tembam huhu


Kat kg Lurah Bilut Felda Pertama di Malaysia

KAMPUNGKU

Sabtu lepas 25.10.08 balik kg dkat Bentong, jumpa semua adik beradik sebab raya lepas x jumpa lagi kak long sal yang dduk JB, So cuti Deepavali baru ni berkesempatan la jumpa semua, huhu mmg best buat bbq lagi tp x sempat amik pic mlm tu, mana x nya sal jdi org dapur time tu, sodeh betul deng!!!


Friday, October 24, 2008


GEJALA DAN TANDA KEGUGURAN:

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj

Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

WANITA2 YANG BERISIKO UNTUK GUGUR

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun

  • Ini lah yang ku alami ramadhan lepas, ujian untuk sal & suami. Tuhan memberi rezeki (zuriat), dan mengambilnya kembali, ku redha.Namun sal bersyukur kerana Tuhan memberi peluang untuk sal merasai saat2 indah menjadi seorng ibu, terharu dan terlebih-lebih dihargai oleh insan tersayang. Sal sentiasa panjatkan doa semoga Tuhan memberi peluang untuk sal memiliki zuriat semula dlm masa terdekat ini, Amin

Thursday, October 23, 2008


TANDA-TANDA HAMIL

10 Tanda Hamil

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. RASA LAPAR YANG BERPANJANGAN

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. PERUBAHAN PADA WARNA DI SEKELILING PAYUDARA

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. MERASA TAK BERMAYA

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. SAKIT DAN TEGANG PADA BUAH DADA

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. PENDARAHAN IMPLANTASI DAN SENAK PADA ARI-ARI

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. RASA LOYA DAN MUNTAH

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. SUSU ASAS BADAN TINGGI BERPANJANGAN

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. MISSED PERIOD

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. UJIAN AIR KENCING YANG POSITIF

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan Tahniah!


MY HERBALIFE

Huhu baru je start amik herbalife ni, 3 minggu kot. Tp masih x rasa apa2 lagi, cuma rasa perut ku agak kempis sedikit .... xmau putus asa :p



Tuesday, October 21, 2008

Bagaikan PUTERI



Persanding di Sunway 26.8.07

Pose dulu

Pelamin

Malam Berinai

Nonasal

Persandingan di Bentong 18.8.07

Persalinan

Malam Berinai
Nikah

HARI BAHAGIA KU

Pic ni masa hari bersejarah ku 18 ogos 2007, time ni mmg langsing, nk dpt bentuk cam ni balik, susah!!!! :(
Yang Bawah tu, umah hubby 26 ogos 2007.