Tuesday, December 22, 2009

MAJLIS CUKUR JAMBUL EZ

Soon...

Tuesday, December 15, 2009





NEW

Salam,wah dh agak bersarang my blog huhu mmg dh lame x update!penat pun penat jgak tu yang malas nk menaip tu.Xlama lg dh nk masuk tahun baru kojap je rs nya masa berlalu.Sekarang,baby ez pon dh masuk 3bln lebih berat pon dh naik 6.5kg tombam ank umi ni huhu semakin hari muka pon perubah-ubah.Byk jgak perkembangan ez dlm masa 3bln ni,suka bersembang,hah kuar la bahasa dia%%% riuh nya,murah ngan senyuman lak tu.Paling membuat kan hati umi ez girang,hah ez dh pandai menerap dlm usia 3bln 9hari smoga baby ez membesar ngan sihat dan menjadi ank yang soleh...amin

Monday, November 30, 2009





dlm proses bdiet ni huhu

UPDATE

Udah lama sangat x update myblog dh bersawang pon huhu
rasanya x terlewat lg nk ucap salam aidiladha kt kawan2 blog,moga raya tahun ni penuh bermakna buat korang.mcm tu jgak la ngan sal,raya tahun ni mmg berbaloi2 huhu yela raya aidilfitri bru ni sambut ngan org bru,sape lg baby ez la! tp ms raya aidilfitri masih dlm berpantang lg so x dpt la nk melaram.so raya aidiladha baru ni blh la melaram ngan baby bru,walaupon xsemeriah raya aidilfitri tp hapy sbb dh ada baby huhu so balik bentong la raya haji baru ni.

Friday, November 6, 2009

First day

2 bulan

KEMBALI BEKERJA


Alhamdulilah dh selamat melahirkan baby boy Saiful Ezzuddin Bin Saiful Kamal pd 3.09.2009 jam 3.03ptg di hospitah Sg.Buloh.Berat baby 3.2kg lahir secara normal.
Tak akan ku lupa pengalaman terindah bersalin,xdpt di gambarkan sakit nya dengan kate2 hanya tuhan je yang tahu.Kejap rasanya masa berlalu,dah 2 bulan usia baby ez,umi pun dh kembali bekerja seperti biasa.Semoga baby ez menjadi anak yang soleh serta taat pd Ibu Bapa.



Friday, August 21, 2009


SALAM RAMADHAN 2009

Salam pd semua kawan2 blog,selamat menjalani ibadah puasa esok 22 ogos 2009.Walau dimana kite brada,walau tinggi mana kite mdaki,walau rendah mana kite pijak bumi ini,kite tetap melihat ank bulan yang same,bulan RAMADHAN yang penuh keberkatan.SELAMAT BERPUASA dan lakukanlah ibadah yang mulia dibulan ini.


Thursday, August 20, 2009


MY ROSE

Thanks, for my hubby I LOVE U SO MUCH :)

Wednesday, August 19, 2009

@ Bdr Sunway
@ Bentong
Nikah

SALAM UPDATE
&
HAPPY 2nd ANIVERSARY TO ME & MY HUBBY

Salam,dah beberapa hari x update kan,just raound2 je kt blog kwn2.
Alhamdulilah,dh msuk tahun ke-2 usia perkahwinan kami
di mana masih jauh lg perjalanan alam berumah tangga ni.Bersyukur sgt2 menjadi isteri kpd my hubby (SAIFUL KAMAL B. ZAKARIA) dan sentiasa rs bahagia di sisi nya,huhu walau pun msih bdua. Alhamdulilah,sgala dugaan dan rintangan dpt kami harungi ngan tenang
tambah2 lg masa di alam pertunangan. Skrg,tgh menunggu kehadiran org baru yg akan
lahir utk beberapa hari lg. Mmg xsabr rs nya, dia la benih & lambang kasih syg
kami selama ni huhu. insyallah semoga semua nya selamat dan di permudahkan oleh nya.




Thursday, August 13, 2009


@ 9 MONTHS

Menghitung hari, alhamdulilah dh masuk dh 9bln++ tggu masa je nk jumpa ngan baby.buat ms skrg ni mmg penat la duk usung perut kesana kemari yela baby pon dh besar kt dlm tu rs penat sgt.kejap2 berpeluh,kdg2 rimas ngan diri sendiri smpai camtu skali,tdo mlm pon mmg rs xselesa dan xlena.pergerakan baby pon smakin aktif bila mlm,lasak! huhu tp still blh tersenyum sorg2 bila baby duk gerak2 walupon kdg2 pergerakan nya tu trs sakit & nyilu.cite pasal psiapan, semua dh ready dlm kete,sng x kelam kabut esk & hpital sg.buloh la mjdi pilihan utk bsalin,sbb dkt ngan umh dlm 15-20min je.hrp semua nya dipermudahkan.

Thursday, August 6, 2009


MY BABY

Alhamdulilah, dh masuk 36weeks. menunggu ms je nk jumpa baby yg dikandung kan selama 9bulan++. doakan la semua selamat dan di permudahkan, amin.

Thursday, July 30, 2009




BABY QAISARA

Qaisara, dh 11 bulan kojap jo, blan depan dh setahun. banyak perubahan dh pandai macam2
sayangggg qai muah

ATAS PERMINTAAN

Entry kali ni, atas permintaan huhu
Pic penuh time sal pregnant,masa ni 7 bln dekat danga bay.
Ini pon pic candid,adik sal yg tangkap curi. Mmg demok la time pregnant ni, minta2 lepas
bersalin nti dpt kembali kan bentuk bdan yg normal semula huhu x dpt banyak, sikit pon jd la

Tuesday, July 28, 2009

MENGIMBAS KEMBALI

Salam, sesaje je kasi letak pic ni kt entry kali ni...dh xde cite kot huhu
Mengimbas kembali zaman kanak2 seketika dulu. Terdiri daripada 6 adik beradik, sal ank yg ke-5, semua perempuan,xde 1 pon sesat lelaki. Gambar kami adik beradik bersame bonda tercinta. agak2 dh tau kan mana 1 sal dlm pic ni huhu untuk pengetahun kawan2 arwah ayah dh lame mninggal sejak umur sal 3 tahun lg. tp pic ni x ingat la tahun bila, umur pon xingat tp kalau tanya akak mungkin dia ingat pic ni ambil tahun bila. akak sal yg no.2 (angah) pon dh meninggal semasa umur dia 21 tahun, hanya sbb demam campak je. so tinggal la 5 beradik je. semua dh kawen dh beranak pinah, kecuali sal yg sedang menunggu baby kuar ni huhu, tp ank buah mmg ramai lelaki, 4 perempuan & 8 lelaki riuh rendah la kalau semua balik kg, yg dlm tummy ni pon kemungkinan lelaki insyaallah hah bertambah la 1 org lg cucu lelaki huhu


Friday, July 24, 2009


Minggu ke-36

Sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Minggu ke-37,

Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Minggu ke-38,

Puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Minggu ke-39,

Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40

Adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.


MENHITUNG HARI KU

Minggu ke-32

Bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33

Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34

Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35

Berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.



Align Center

Thursday, July 9, 2009

Perut xbeso sgt

mmg suka bergambo, syok sdiri

UPDATE

Salam, lame jgak ar xupdate blog ni. Bkan ar bz mana pon cuma ada sikap malas nk menaip je.
huhu alhamdulilah & syukur sgt, kandungan sal dh masuk 32weeks (8 bln).
Persediaan utk sambut org baru dh ready dh. Sal beli mana yg perlu je dlu,
yg lain2 tu bleh beli kemudian. Last scan masa 30weeks, doc kt baby sihat & aktif
kepala pon dh dibawah, berat baby pula 1.25kg, air ketuban, uri & dll semua ok alhamdulilah. Cuma tinggal beberape mggu je lg. Tgk kwn2 yg dh selamat bersalin rs xsabr plak huhu
Mudah-mudahan semuanya berjalan ngan lancar, dan mudah bersalin, doa2 kan la ye :)

Thursday, June 25, 2009





MEMGEMAS

Wednesday, June 24, 2009


















FAMILY DAY

Thursday, June 4, 2009

qaisara & dania




NEW, QAISARA BATRISYA

Anak buah sal sorng ni dh besar, dah masuk 10 bulan pon. Dh tumbuh gigi 4 batang, 2 atas, 2 bawah comei je senyum. Berat nya pon dh bertambah2 tp x hingat plak bape kg.

Berjalan pon xpandai lg, merangkak je baru. Garang plak 2 huhu sape je ada dpan dia duk kacau2 dia, mula la nk mencakor2 muka org tu dgn suara garang nya!!!
Qaisara ni ank ke-2 kepada adik sal, langkah bendul tu yang adik dh ada 2 org ank tu huhu
Rasa syg sangat kt Qaisara ni, sbb nya beberapa hari qaisara lahir, sal pregnant
(first pregnant ari 2) lepas 11 bulan kawen. Tp dh xde rezeki masa tu, sedih sangat2.
Mujur ada Qaisara, bleh la ubat kan hati autie dia yang sedih tu.
Tp skrg sedih tu dah berganti kepada gumbira apabila disah kan pregnant lg selepas 3 bulan keguguran, alhamdulilah. So lepas ni Qaisara debab nin ada la kawan bermain huhu

Tuesday, June 2, 2009



26 WEEK 6 DAY

Update, huhu lagi pic pregnant
yela masa ni la nak bergambar dengan perut yg semakin membesar & badan
yg jayanya mengembang.

Alhamdulilah baby sihat & aktif sangat huhu

Thursday, May 21, 2009


6 MONTHS
Alhamdulilah, ni aje la pic yang cun sempat di capture pregnant 6 months ni.
Semua nya ok, cuma berat je bertambah2 di luar jangkaan ku!!! huhu
Semua nya dh mgembang. Jika dlu sebelum kawen masa ank dara (time diet) berat cuma 55kg dengan ketinggian 162. Beberapa bulan lepas kawen & sebelum
pregnant berat dh jadi 66kg.
Skrg pregnant 6 months ni, berat nk mcecah 70++kg.
Tu belum sampai 9 months lg, aduhhh

Mana x nya spanjang pregnant ni, selera mkn tu ada je sbb xde mabuk2 langsung.
Tapi apa2 pon, harap baby sihat kt dlm & selamat dilahir kan :)