Friday, October 24, 2008


GEJALA DAN TANDA KEGUGURAN:

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj

Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

WANITA2 YANG BERISIKO UNTUK GUGUR

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun

  • Ini lah yang ku alami ramadhan lepas, ujian untuk sal & suami. Tuhan memberi rezeki (zuriat), dan mengambilnya kembali, ku redha.Namun sal bersyukur kerana Tuhan memberi peluang untuk sal merasai saat2 indah menjadi seorng ibu, terharu dan terlebih-lebih dihargai oleh insan tersayang. Sal sentiasa panjatkan doa semoga Tuhan memberi peluang untuk sal memiliki zuriat semula dlm masa terdekat ini, Amin

1 comment:

PFS6450 said...

shoutbox shoutbox!!! muhahahah...